Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera. Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

Dalam entri ini dan entri minggu hadapan, saya akan menceritakan kepada anda tentang bagaimana cara untuk merawat jerawat terlebih dahulu kerana saya yakin topik itu yang paling dinantikan oleh semua. Selepas itu, barulah saya akan menyentuh satu persatu topik punca-punca yang menyebabkan jerawat dengan lebih jelas dan terperinci.

Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera. Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

Sebagai seorang doktor pakar dalam bidang rawatan jerawat dan jeragat, saya telah menemui ramai pesakit yang inginkan kulit mereka bebas dari masalah jerawat, tidak kira kronik atau pun biasa. Selain menerangkan punca berlakunya masalah jerawat, saya juga memberitahu mereka bahawa rawatan ini boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah. Kaedah-keadah yang dimaksudkan termasuk kaedah rawatan jerawat secara dalaman dan juga secara luaran. Untuk artikel hari ini, saya akan berkongsi dengan anda secara ringkas bagaimana untuk merawat masalah jerawat secara luaran.

1. Mencuci Muka - Ini adalah satu kaedah umum untuk mengatasi masalah jerawat dan ianya perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap hari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Anda hanya disyorkan untuk mencuci muka dengan pencuci yang khusus untuk jerawat sebanyak 2 kali sehari sahaja tanpa perlu scrubbing. Ini untuk mengelakkan kulit muka anda terlampau kering kerana pencuci muka akan mengakibatkan minyak yang dihasilkan untuk melindungi kulit muka anda dijangkiti kuman hilang. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.

Produk yang disyorkan untuk mencuci muka - Gel Pencuci Formula Dr Hasseenah

 

2. Menggunakan Toner - Anda boleh menggunakan toner yang tidak mengandungi alkohol yang tinggi kerana alkohol bertindak untuk mengeringkan kulit dan hal ini akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan pengeluaran minyak yang lebih banyak untuk memberi kelembapan yang asli kepada kulit muka.

Toner yang disyorkan - Soothing Toner Formula Dr Hasseenah

 

3. Menggunakan Krim Jerawat - Penggunaan krim jerawat juga penting untuk merawat masalah jerawat dari luar. Namun begitu, pastikan anda menggunakan krim jerawat yang mempunyai kandungan Asid Azelic, Asid Salicylic atau Vitamin A.

 

4. Menggunakan Pelembap Muka - Farmasi ataupun pasaraya menjual pelbagai jenis pelembap muka tetapi saya sangat menyarankan anda menggunakan pelembap muka dalam bentuk gel kerana ia adalah lebih sesuai digunakan sekiranya kulit muka anda berminyak dan berjerawat.

Pelembab yang disyorkan untuk anda - Aloe Vera Soothing Gel Formula Dr Hasseenah

 

5. Gunakan Krim Pelindung Matahari - Saya sering dapati bahawa masyarakat Malaysia kurang peka dengan kepentingan menggunakan krim pelindung matahari (sun block). Untuk pengetahuan anda, jerawat yang merah dan membengkak apabila pulih akan meninggalkan parut gelap. Lebih lama ia terdedah kepada sinaran matahari, lebih gelap parut itu akan kelihatan dan lebih sukar untuk kulit itu berubah menjadi warnanya yang asal. Oleh itu, penggunaan krim pelindung matahari amat disarankan kepada penghidap penyakit jerawat. Selain itu, anda juga perlu tahu bahan-bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia untuk mengelakkan daripada anda terus membeli produk anti jerawat yang tidak sesuai dengan kondisi kulit muka anda. Sabun pembersih muka adalah penting untuk membantu mengurangkan masalah kulit berjerawat seseorang.

Tetapi sekiranya sabun pembersih muka yang anda gunakan tidak sesuai, masalah jerawat anda mungkin akan bertambah kronik atau tidak hilang. Secara jujur saya katakan bahawa pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit adalah pembersih muka yang tidak mengandungi pewangi, dan kandungan sodium laureth sulfate yang tinggi kerana ia akan menyebabkan reaksi kulit terutama pada kulit muka. Apabila anda ingin membeli pembersih muka, dapatkan produk yang mengandungi Benzoil Peroksida, minyak Tea Tree, Asid Salicylic, minyak Jojoba, Zink dan Aloe Vera. Bahan-bahan ini terbukti membantu merawat masalah jerawat pada kulit muka, belakan badan dan bahagian dada dengan baik.

Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anda agar tidak membeli sabun pembersih muka berdasarkan pada jenamanya tetapi peka dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan tersebut. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan jerawat yang betul dan tidak hanya membazirkan wang untuk membeli produk-produk di pasaran yang lebih mahal tetapi kurang berkesan ke atas penyakit jerawat anda.

Sunblock yang disyorkan untuk anda - Lightening Sunblock Formula Dr Hasseenah


BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS