Ramai yang bertanyakan soalan di atas bukan? Saya selalu mendapat feedback dari pelanggan saya yang mereka telah mencuba berbagai cara, bertandang ke salon-salon, malah telah berjumpa doktor tetapi masih belum berjaya merawat jerawat dan mengawal jerawat.

Berikut saya senaraikan beberapa kemungkinan anda gagal mengawal dan merawat jerawat anda.

 

1) Harapan yang terlalu tinggi @ harapan yang tidak realistik.

Perkara yang paling penting anda perlu faham tentang jerawat adalah ia merupakan satu masalah kulit yang boleh DIKAWAL BUKAN DIHAPUSKAN. Semua masalah jerawat BOLEH DIKAWAL. Anda akan bebas dari jerawat selagi anda melakukan langkah2 pengawalan dengan konsisten dan komited. Jika anda lalai walaupun sehari, jika anda tinggalkan walaupun hanya 1 langkah, jerawat akan kembali menyerang.

Untuk melihat pembaikan pada kulit memerlukan masa. Sekurang-kurangnya 3 bulan!

Oleh itu, anda juga perlu bersabar untuk melihat perubahan. Setengah pelanggan mengharapkan jerawat mereka akan hilang secara magik dalam masa 1 minggu setelah berjumpa doctor. Guys, I’m a doctor, not a magician. Beri masa untuk kulit anda bertindak untuk pemulihan.

 

2) Penggunaan ubat @ krim dalam kekuatan yang terlalu rendah.

Adalah amat penting untuk mengikut nasihat doctor dengan tepat tentang cara penggunaan krim, dos antibiotik dan apa saja yang berkaitan dengan rawatan jerawat anda. Yakinlah dengan doktor anda. Jika anda tidak mengikut nasihat dan tatacara dari doktor anda, besar kemunkinan jerawat anda gagal dikawal.

3) Rawatan memberi kesan sampingan menyebabkan anda berhenti.

Kekadang terdapat juga kes di mana pelanggan saya tidak mengikut tatacara yang diberikan kerana mereka mengalami kesan sampingan hasil dari rawatan yang diberikan. Contoh kesan sampingan adalah- kulit terlalu kering dan menggelupas akibat dari krim dan kulit naik ruam dan demam akibat dari antibiotik. Kesan sampingan yang doktor sebutkan diatas adalah yang paling kerap dialami. Beritahu doktor anda dan beliau akan menyesuaikan dos dengan sewajarnya. Jika anda tidak memberitahu doktor anda, beliau tidak akan tahu kerana setiap pelanggan berlainan reaksinya. Kebanyakan dari pelanggan selalunya akan mengatakan rawatan tidak berkesan dan bertukar kepada produk atau tempat lain. Munkin juga anda pernah berbuat demikian? Hentikan ‘treatment shopping’ anda dan berbincanglah dengan doktor anda.

4) Rawatan yang terlalu lembut.

Bertentangan dengan sebab diatas, salah satu sebab jerawat tidak dapat dikawal adalah kerana krim yang digunakan terlalu ‘lembut’  atau dos ubat yang digunakan terlalu rendah.

5) Rembesan sebum (minyak) yang terlalu banyak .

Jika terdapat rembesan minyak yang terlalu banyak pada kulit, ia akan mengurangkan kesan krim @ antibiotic pada kulit. Mungkin anda memerlukan ubat yang kuat seperti Accutane. Tetapi ubat Accutane hanya digunakan sebagai langkah terakhir dalam mengawal jerawat kerana ia mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan.

6) Terlalu Cepat Berhenti Rawatan

Jika doktor memberi arahan untuk mengambil antibiotic selama 3 bulan, anda MESTI mengambilnya selama 3 bulan. Jika doktor menyatakan anda harus sambung menggunakan krim untuk mengawal jerawat walaupun jerawat sudah tiada dan dapat dikawal, anda MESTI sambung menggunakan krim. Janganlah berburuk sangka terhadap doktor dengan memikirkan yang doktor hanya mahu mendapat untung yang lebih. Sebab itulah doktor masih menyuruh saya memakai krim walaupun jerawat saya telah dapat dikawal. Anda pernah terfikir begitu bukan?

Hakikat sebenarnya, jerawat perlu dikawal sentiasa. Tidak boleh lalai walau sedikit. Kita hanya boleh mengurangkan kekerapan rawatan. Bukan berhenti terus. That is hoping for a miracle. If you are searching for that kind of cure, sorry to tell you, you will keep on searching.

7) Terlalu banyak liang tersumbat dan jangkitan

Jerawat begini perlu dirawat dengan lebih agresif menggunakan Peel dan Extraction.

8) Ketidakseimbangan hormon

Ini selalunya berlaku pada kaum wanita. Anda akan dapati jerawat anda mempunyai cycle nya sendiri. Terdapat juga satu keadaan penyakit Polycyctic Ovarian Cysts Syndrome- yang boleh menyebabkan jerawat. Jika anda mengalami penyakit ini, anda juga akan mengalami haid yang tidak teratur, berat badan berlebihan dan bulu roma tumbuh dengan banyak.

9) Anda mungkin TIDAK menghidapi jerawat.

Mungkin juga apa yang anda sangkakan jerawat, bukannya jerawat. Ia mungkin Rosacea atau jangkitan kulit yang lain. Apa yang terbaik, jumpalah doktor untuk mendapat kepastian.


BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS