Pada post saya yang lepas, saya ada menceritakan tentang Mineral Make up yang sesuai di gunakan oleh mereka yang mempunyai kulit muka yang bermasalah. Untuk pengetahuan anda semua, ramai pelanggan saya yang ingin mencuba Mineral Make up yang disarankan setelah mereka tahu dan faham akan kelebihan Mineral Make up tersebut. Produk yang terlaris adalah Setting Veil Powder ( Loose Powder ) yang ‘almost colorless’ dan foundation.

 

Kedua produk tersebut harus disapu menggunakan Natural Goat Hair  Brush yang juga dijual bersama dengan Mineral Make up. Tujuan kita mengharuskan penggunaan Natural Goat Hair Brush adalah kerana ,berlainan dengan berus sintetik ( dari plastik) yang di jual dengan harga yang murah diluar sana , berus yang di buat dari bulu kambing yang asli mempunyai kutikel2 seperti rambut manusia. Kutikel2 ini akan memegang partikel debu foundation dan loose powder dengan lebih berkesan. Jika terdapat debu yang berlebihan, ianya akan jatuh bila anda menggoncangkan berus tersebut.

Hasilnya, hanya satu lapisan debu yang amat tipis yang akan kekal melekat pada berus tersebut. Oleh itu, apabila anda menyapu foundation  atau loose powder pada kulit muka, hanya satu lapisan nipis yang akan melekat pada kulit anda. Ini akan memberi kesan yang lebih natural dan anda akan merasa lebih selesa.

Setelah ramai pelanggan saya menggunakan mineral make up yang dicadangkan, terdapat satu rungutan yang saya sering dengar dari mereka. Mereka mengatakan sapuan foundation @ loose powder mereka tidak rata. Ini boleh disebabkan oleh 2 perkara:

1) Mereka menggunakan berus sintetik

2) Cara pemakain mereka tidak mengikut cara yang telah diajarkan kepada mereka.

Untuk memudahkan pelanggan , saya memberikan CD percuma pada mereka yang membeli Mineral Make up.

Sekian, sehingga berjumpa dipost akan datang.

Please email me any questions and I’ll be happy to answer them.


BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS