Salam Semua.

Pada post ini saya ingin membincangkan tentang fasa-fasa dalam merawat jerawat.

Rawatan jerawat terbahagi kepada 2 fasa:

1) Fasa Rawatan - (Treatment Phase)

2) Fasa Pengawalan – (Maintainance Phase)

 

Jerawat dalam Fasa Rawatan

 

Fasa Rawatan

Fasa ini melibatkan rawatan yang intensif. Anda perlu berjumpa Doktor anda setiap 2 minggu atau setiap bulan. Anda akan dibekalkan dengan beberapa krim rawatan jerawat dan munkin juga antibiotik. Pada fasa ini, munkin jerawat akan keluar lebih banyak kerana krim yang diberi akan menyebabkan jerawat yang sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar. Pada fasa inilah ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak berkesan. Keadaan ini dapat dielakkan jika doktor mengambil masa untuk menerangkan kepada pelanggan tentang kesan2 yang munkin dialami akibat dari krim yang digunakan. Pada pengalaman saya, pelanggan akan faham dan meneruskan rawatan walaupun terdapat kesan sampingan yang memang  dijangkakan , jika mereka tahu dan faham apa yang akan berlaku ( what to expect ). Perlu saya tekankan, jika rawatan anda memerlukan pengambilan antibiotik dalam Fasa Rawatan, anda perlu mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 3 BULAN untuk melihat kesan antibiotik tersebut. Jangan mengharapkan perubahan dalam masa 1 – 2 bulan . Jika anda merasakan tidak sanggup melakukan demikian  ,lebih baik anda hanya merawat dari luaran sahaja dan memberitahu Doktor anda yang anda tidak sanggup melakukannya.

Bagi mereka yang konsisten mengikut arahan doktor, InsyaAllah, anda akan dapat melihat perubahan dalam masa 3 – 4 bulan. Dari pengalaman saya, respon yang paling cepat saya lihat adalah dalam masa 2 minggu dan yang paling lama adalah 5 bulan. Perlu diingat , jangkamasa ini adalah hanya untuk mengawal jerawat yang aktif. Tempoh ini belum termasuk rawatan parut jerawat.

Setelah tiada lagi jerawat baru tumbuh dalam jangkamasa 2 bulan dan sebahagian besar parut jerawat telah dirawat, maka anda sekarang boleh berpindah ke fasa kedua , iaitu Fasa Pengawalan    ( Maintainance Phase ). Secara ringkas, Fasa Rawatan boleh mengambil masa 6 – 9 bulan. Agak lama , bukan? Tetapi sebenarnya tidak lama jika dibandingkan dengan tempoh anda menghidapi masalah jerawat yang munkin telah mengambil masa  5- 10 tahun!

Sistem ringkas Fasa Pengawalan

Fasa Pengawalan

Fasa ini adalah merupakan fasa dimana anda tidak lagi mempunyai jerawat yang aktif tumbuh dengan banyaknya. Sebulan munkin 1-2 jerawat sahaja yang muncul. That is acceptable. Pada fasa ini, saya selalunya akan memberikan sistem penjagaan kulit yang paling ringkas yang sesuai bagi anda kerana fasa ini memerlukan disiplin dan kesanggupan yang luarbiasa. Fasa pengawalan ini akan berterusan selama bertahun-tahun. Oleh itu ianya perlulah seringkas yang munkin. Saya biasanya memastikan yang anda hanya akan menggunakan 2-3 langkah untuk malam dan pagi. Tapi AWAS ! Walaupun ianya ringkas, pada fasa inilah pelanggan saya selalunya GAGAL. Seperti yang saya terangkan, ia memerlukan kesanggupan dan disiplin yang luarbiasa.

 

Sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum !


BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS