Seperti anggota-anggota badan anda yang lain, kulit anda juga boleh berada pada tahap yang kurang sihat kesan daripada stress. Jika anda menghidapi jerawat stress, anda pasti boleh mengenalpastinya dengan sendiri. Jerawat boleh tumbuh dengan tiba-tiba bila anda rasa diri anda tertekan. Jerawat seperti ini sebenarnya tidak boleh hanya dirawat di permukaan tetapi juga perlu dirawat secara menyeluruh dan menumpukan kepada keseluruhan sistem dalam badan anda, bukan dengan merawat pada tempat yang berjerawat.

Read more: Stress dan Jerawat

Kesemua masalah jerawat yang dihidapi oleh penghidap penyakit jerawat berpunca daripada ketidakseimbangan unit pilosebaceous, yang terdiri daripada folikel rambut, kelenjar sebaceous dan liang roma. Unit-unit ini terdapat di segenap tubuh badan kita kecuali pada bahagian tapak tangan, atas tapak kaki, tapak kaki dan juga bahagian bawah bibir kita.

Read more: Masalah Jerawat dan Bakteria

Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda secara ringkas tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher manusia. Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri. Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda.

Read more: Permasalahan Hormon Dan Jerawat

Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda mengenai punca-punca permasalahan jerawat yang mungkin anda tidak tahu atau hanya berteka-teki saja selama ini. Saya juga telah terangkan persepsi masyarakat yang salah mengenai kaedah rawatan jerawat yang rata-ratanya menganggap bahawa ianya boleh dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan resdung. Jika anda belum membaca artikel tersebut, anda boleh baca di siniĀ Punca Jerawat dan Salah Anggap Masyarakat Tentang Kaedah Rawatannya.

Read more: Jenis-jenis Jerawat Serta Perbezaan Jerawat Dan Resdung

Seperti yang telah saya terangkan dalam entri-entri terdahulu, jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Read more: Punca-punca terjadinya Jerawat
Page 3 of 4