Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada artikel saya kali ini saya akan menerangkan tentang kosmetik mineral. Pelanggan-pelanggan yang datang berjumpa saya untuk mendapat rawatan jerawat sering kali bertanya - "Doktor, saya boleh pakai foundation tak?" ataupun  "Doktor, saya boleh pakai make-up tak?" dan jawapan saya adalah, "Tidak boleh sama sekali."

Read more: Apakah ada kosmetik yang sesuai untuk kulit jerawat?

Kebanyakan remaja perempuan dan wanita dewasa menghidapi jerawat yang berpunca daripada alat solek yang mereka gunakan. Mereka terlampau bergantung kepada alat solek untuk menutup jerawat tetapi yang sebaliknya berlaku, jerawat boleh tumbuh lebih banyak dan mendatangkan kesan yang lebih buruk pada radang kulit yang sedang mereka hidapi. Jadi bagaimana anda hendak pastikan yang alat solek yang sepatutnya membantu menutupi jerawat sebaliknya mendatangkan kesan buruk kepada kulit?

Read more: Alat Solek dan Masalah Jerawat

Dalam entri yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda kaedah merawat masalah jerawat dari luar, iaitu dari segi pembersihan kulit muka, penggunaan krim pelindung matahari dan sebagainya. Untuk entri kali ini pula, saya ingin menambahkan maklumat tentang kaedah merawat masalah jerawat dari dalam pula. Pendidikan tentang cara mengatasi masalah jerawat ini saya fikirkan amat penting memandangkan nisbah penghidap masalah jerawat di Malaysia adalah 8:10 dari kes jenis jerawat yang biasa hingga k ekes jerawat kronik.

Read more: Kaedah Merawat Masalah Jerawat Dari Dalam

Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera. Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

Read more: Kaedah Merawat Masalah Jerawat Dari Luaran

Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat yang dihidapi oleh 80% rakyat negara kita. Tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Read more: Pemakanan dan Masalah Jerawat
Page 2 of 4