luaran,

  • Kaedah Merawat Masalah Jerawat Dari Luaran

    Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera. Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.