masalah jeragat,

  • Masalah Jeragat dan Rawatannya

    Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia

    Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang√ā¬† 12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.