Testimonial,

  • Testimonial

    Ini adalah senarai testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan rawatan dan khidmat nasihat yang telah saya berikan.

    “Saya mengalami masalah jerawat sejak tingkatan satu. Saya tidak pernah peduli dengan penjagaan kulit kerana tiada orang yang menasihati. Sejak kerja, jerawat semakin teruk dan saya mula mencari tempat untuk rawatan. Secara tidak sengaja saya ternampak Klinik Doktor Hasseenah dan terus buat temujanji. Rawatan pertama memang sakit tapi mula menampakkan perubahan. Selepas 4 kali rawatan, walaupun terpaksa berbelanja lebih tapi saya puas hati. Masalah jerawat dah berkurang dan kulit kembali normal. Terima kasih doktor!

    Nurul Haanim
    Perunding Insurans

    “Dulu saya mengalami masalah jerawat batu yang teruk di muka. Jerawatnya berair, bernanah dan kadang-kadang ada yang berdarah. Muka rasa gatal-gatal dan sakit apabila ditekan. Keadaan ini membuat saya rasa sungguh tidak selesa, tambahan lagi apabila guru-guru di sekolah mula menegur tentang jerawat saya.

    Kini Alhamdulillah setelah menjalani rawatan di Klinik Jerawat dan Jeragat Dr Hasseenah muka saya sudah tidak kelihatan kemerahan lagi. Kaedah rawatannya cukup mudah dan berkesan. Saya sangat berpuashati dan gembira apabila ada rakan mengatakan bahawa muka saya sudah licin. Terima kasih doktor.

    Muhammad Afiq bin Salehuddin
    Pelajar

    Saya Khairul dari Shah Alam. Saya mengalami masalah jerawat semasa mula bekerja disebuah kilang pada Disember 2010. Sejak dari itu saya telah mencuba berbagai jenis ubat yang terdapat dipasaran. Selama 6 bulan mencubam saya masih dihantui masalah ini dan masalah jerawat semakin teruk. Dalam masa yang sama, saya telah pergi kesalah sebuah klinik di Shah Alam dan doktor disana telah mencadangkan saya untuk berjumpa Dr Hasseenah dimana kliniknya terletak di seksyen 18. Setelah berjumpa dengan Dr Hasseenah dan menggunakan produk yg telah diberikan, kini saya mampu tersenyum kerana masalah jerawat saya semakin berkurangan. Sekarang saya hanya menggunakan produk yang diberikan oleh Dr Hasseenah sahaja. Saya amat berpuashati dengan rawatan yang diberikan.

    Khairul
    Jurutera, Shah Alam

     

    Sebelum membuat rawatan ini kulit muka saya berjerawat dan saya mempunyai keyakinan diri yang amat rendah untuk berdepan dengan rakan-rakan. Selepas menjalani rawatan, muka saya beransur pulih dan jerawat semakin menghilang. Keyakinan diri juga bertambah dan saya amat gembira ^0^.

    Aida

    Pelajar, Shah Alam.