permasalahan,

  • Permasalahan Hormon Dan Jerawat

    Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda secara ringkas tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher manusia. Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri. Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda.