Kaedah Merawat Masalah Jerawat Dari Dalam

Print
Category: Artikel

Dalam entri yang lepas, saya telah berkongsi dengan anda kaedah merawat masalah jerawat dari luar, iaitu dari segi pembersihan kulit muka, penggunaan krim pelindung matahari dan sebagainya. Untuk entri kali ini pula, saya ingin menambahkan maklumat tentang kaedah merawat masalah jerawat dari dalam pula. Pendidikan tentang cara mengatasi masalah jerawat ini saya fikirkan amat penting memandangkan nisbah penghidap masalah jerawat di Malaysia adalah 8:10 dari kes jenis jerawat yang biasa hingga k ekes jerawat kronik.

Sebenarnya kaedah merawat masalah jerawat dari dalam ini memang sudah diketahui oleh umum tetapi yang membezakan antara seorang penghidap penyakit jerawat dengan penghidap yang lain adalah dari segi amalan penjagaan masalah jerawat mereka. Adakalanya kita dapat lihat seseorang penghidap jerawat kronik seperti Severe Acne dapat disembuhkan tetapi penghidap masalah jerawat Acne Vulgaris tidak dapat menyembuhkan penyakit mereka dengan lebih pantas. Hal ini secara tidak langsung berkaitan dengan amalam merawat penyakit jerawat pada diri penghidap tersebut.

Bagi mengatasi masalah jerawat dari dalam, penghidap penyakit jerawat harus mengamalkan beberapa garis panduan yang boleh membantu mengurangkan radang kulit, penghasilan sebum atau minyak berlebihan di kulit muka serta meningkatkan lagi kebolehan kulit muka memperbaiki sel-sel kulit muka dengan pantas. Cara terbaik untuk merawat masalah jerawat dari dalam adalah dengan:

1. Mengawal kandungan glukosa dalam badan

Tindakan mengawal kadar kemasukan glukosa dalam badan adalah satu langkah yang penting dalam merawat masalah jerawat dari dalam. Kandungan glukosa akan menyebabkan pengeluaran insulin yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit kita jika berlebihan. Contoh makanan tinggi glukosa adalah emping bijirin sarapan bergula dimakan dengan susu, air gas, jus buahan dengan gula tambahan, kek, roti dan banyak lagi.

 

Kek dan manisan mempunyai kadar kandungan glukosa yang berlebihan.

  

2. Mengurangkan pengambilan iodin

Iodin adalah satu suplimen penting dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan serta mengimbangkan berat badan, tetapi jika terlebih pengambilannya, iodin boleh menyebabkan liang kulit muka yang tersumbat membengkak menjadi jerawat. Untuk mengurangkan iodin dalam badan, anda boleh ambil pil garam air laut asli dan elak dari memakan udang dan makanan laut. Ramai yang tak sedar bahawa iodin terkandung dalam garam yang digunakan untuk menambah perisa cip kentang (potato chips) yang kita makan.

 

Potato chips mengandungi bahan iodin yang banyak di dalam garam perisanya.

 

3. Mengambil suplimen seperti Multivitamin, Mineral dan minyak ikan yang mengandungi Omega 3

Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplimen-suplimen seperti Multivitamin A, D, E, C, B dan lain-lain vitamin, selain pengambilan mineral seperti magnesium, Zink, Selenium dan mineral-mineral yang lain. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit memperbaiki kerosakan yang terjadi.

Untuk pengetahuan anda, Multivitamin akan berkerjasama dengan mineral untuk memberi kesan pembaikpulihan yang optimum ke atas kulit anda. Anda juga perlu menambah pengambilan asid lemak Omega 3 kerana ia berkesan untuk mengurangkan dan mengawal radang pada kulit.

 

Pengambilan Omega 3 dapat membantu untuk merawat masalah jerawat.

 

Ikan Salmon merupakan sumber Omega 3.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari mengambil makanan dan minuman seperti ayam, daging, hasil tenusu, makanan ringan serta minuman berkarbonat kerana ianya akan menyebabkan jerawat anda lebih jelas dan mengalami inflamasi.

Saya harap anda dapat mempraktikkan saranan-saranan yang saya kongsikan dan cuba mengubah gaya hidup anda kepada yang lebih baik demi kesihatan diri anda serta keluarga anda. Jumpa lagi di minggu hadapan. Salam hormat.

 

 

Comments  

 
0 #18 Dr Hasseenah 2014-01-15 11:38
Quoting uncelbengy:
Salam dr. uncel ada masalah pada muka. Dulu uncel takda jerawat sangat tapi sekarang dah menjadi teruk. Macam mana uncel nak merawatnya dr? Uncel ada ambik sumpliment shaklee vitamin e, protin dan gla. Tapi masih juga sama. Uncel guna macam-macam produk untuk merawat daripada produk tabita (dari indonesia), sabut vitamin e + c, bedak sejuk thanaka dan sebagainya. tapi tak juga berhasil. Mohon bantuan dr.huu.... TQ :sigh:

W'salam Uncelbengy - Munkin perlu antibiotik makan. Boleh datang ke klinik utk rawatan lanjut
Quote
 
 
0 #17 Dr Hasseenah 2014-01-15 11:37
Quoting sha:
assalamualaikum Dr. Saya baru sahaja disahkan mengandung. Dan saya difahamkan krim jerawat Dr Hasseenah adalah tidak sesuai bagi wanita mengandung. Jadi, saya telah menghentikan penggunaanya. Soalan saya, adakah gel cleanser, lightening sunblock dan serum Dr Hasseenah selamat digunakan semasa mengandung?

W'salam Sha- Yes, Yg lain In Shaa Allah boleh guna.
Quote
 
 
+2 #16 Dr Hasseenah 2014-01-15 11:36
Quoting zati:
Doc, saya dh lame ada jerawat. Jerawat batu dan bernanah. Dan saya ambil antibiotik. Jerawat pun keluar yg kecik2. But then, I stopped taking antibiotics. Mula2 kulit ok. Tapi lps tu kulit muka trus keluar jerawat batu dan nanah yg sgt teruk till now. I am trying not to take antibiotic again. So what should I do? I did take vit e and c but it seems like it didnt work.

As Salam Zati- Jika tidak ingin mengambil a'biotik, boleh ambil multivit dan minerals. Vit C and E is not enough. Please come to clinic for further treatment
Quote
 
 
0 #15 Dr Hasseenah 2013-12-25 12:34
Quoting yana:
as'salam doktor..sy ada mslah part jerawt yg agak dalam..tpi jerawat kadang2 ad tumbuh..mslahnye boleh ke sy buat rwtann utk hilangkn parut jerawt?

As Salam Yana- Jika jerawat tumbuh jarang2, bolelh buat rawatan. Rawatan utk Parut berlubang adalah Microneedling.
Quote
 
 
+1 #14 yana 2013-12-11 09:50
as'salam doktor..sy ada mslah part jerawt yg agak dalam..tpi jerawat kadang2 ad tumbuh..mslahny e boleh ke sy buat rwtann utk hilangkn parut jerawt?
Quote
 
 
-1 #13 Dr Hasseenah 2013-12-10 12:38
Quoting faizah daud:
Salam dr, saya mengalami masalah kulit berjerawat. Yg peningnyerr jerawat tu bila picit tak boleh keluar pon.,muka berminyak selalu, dan muka nmpk kasar. Saya takot jerawat keturunan yg susah nak ubat sbb ayah saya kulit dia pon mcm tu..dan saudara2 saya yg lain jg ada begitu..dah mcm2 saya guna. Sekrg saya mkn supplemen shaklee vit c, alfalfa, vit b, collegen dan soy protien..boleh dr tolong?

W'salam- In Shaa Allah, kita usaha. But better jika saya boleh meihat sendiri keadaan anda.
Quote
 
 
0 #12 Dr Hasseenah 2013-12-10 12:26
Quoting zira:
salam doc....kalu amik antibiotik blh ke amik vit c n omega 3 ye...?TQ

W'salam Zira- Boleh.
Quote
 
 
0 #11 Dr Hasseenah 2013-06-06 16:08
Quoting zaidi:
multivitamin + mineral harga rm90 @ rm238 doc..?
di stokis de jual x..?

As Salam Zaidi- RM90 utk 1 bulan. RM238 utk 3 bulan. No, stokis tak jual. You can call clinic direct and we will courier to you. X worries 8)
Quote
 
 
0 #10 zaidi 2013-06-03 16:10
multivitamin + mineral harga rm90 @ rm238 doc..?
di stokis de jual x..?
Quote
 
 
+2 #9 Dr Hasseenah 2013-05-22 11:26
Quoting sherena:
salam Dr,sy mnghadapi masalah jerawat sudah hampir 8 tahun. pelbagai kaedah dan cara telah diambil namun tidak berkesan. setelah sy mengamalkan pengambilan vitamin E 400 iu dari farmasi, masalah jerawat saya semakin kurang. selepas itu, sy mengamalkan vitamin C 1000 mg pula. tetapi nampaknya jerawat sy kembali dan membengkak. adakah pengambilan vitamin c dan e serentak tidak baik atau sebaliknya? terima kasih Dr. :-)

W'salam. A better choice utk supplement adalah multivit dan mineral yg mengandungi semua bahan yg diperlukan oleh badan utk repair kulit. I guna mvt dan mineral ( klinik online) which works very well for my patients. Of course you need skincare products as well.
Quote
 
 
+1 #8 sherena 2013-05-20 20:16
salam Dr,sy mnghadapi masalah jerawat sudah hampir 8 tahun. pelbagai kaedah dan cara telah diambil namun tidak berkesan. setelah sy mengamalkan pengambilan vitamin E 400 iu dari farmasi, masalah jerawat saya semakin kurang. selepas itu, sy mengamalkan vitamin C 1000 mg pula. tetapi nampaknya jerawat sy kembali dan membengkak. adakah pengambilan vitamin c dan e serentak tidak baik atau sebaliknya? terima kasih Dr. :-)
Quote
 
 
0 #7 Dr Hasseenah 2013-05-17 12:57
Quoting amyra ramli:
salam dr , saya telah membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik swasta beberapa minggu yg lepas dan doktor tersebut menasihati saya supaya tidak mengambil makan berminyak , ayam , daging dan byk lagi . tapi saya sering gastrik memandangkan terlalu byk yang saya perlu pantang . apakah sajian yang paling baik boleh saya ambil ?
Makan apa yg anda boleh makan dgn lebih kerap ttp kuantiti yg sedikit. Small frequent feeding.
Quote
 
 
+1 #6 Dr Hasseenah 2013-05-17 12:55
Quoting Adila:
Salam doktor.. Mcm cara pakai krim parut?

W'salam Adila. Krim parut disapu setelah krim jerawat.
Quote
 
 
+1 #5 Adila 2013-05-16 18:25
Salam doktor.. Mcm cara pakai krim parut?
Quote
 
 
+1 #4 Dr Hasseenah 2013-05-13 11:05
Quoting zaleha:
salam doktor...sy umur 27,ibu kpd 2 anak..tp sy ade mslh jrwat batu yg kritikal..sy tkut krn akhir2 ni pglhtn sy kdg2 kabur..dh mcm2 produk sy cuba,jrwat 2 akan hilang tp akan datang semula..sy alami mslh ni sejak remaja lg..bleh x puan bg sy cara dan jaedah utk sy ubati mslh pykit ini..time kasih

As Salam Zaleha- Jerawat batu memerlukan antibiotik makan utk merawatnya. Tidak cukup dgn produk luaran shj.
Quote
 
 
0 #3 zaleha 2013-05-08 12:22
salam doktor...sy umur 27,ibu kpd 2 anak..tp sy ade mslh jrwat batu yg kritikal..sy tkut krn akhir2 ni pglhtn sy kdg2 kabur..dh mcm2 produk sy cuba,jrwat 2 akan hilang tp akan datang semula..sy alami mslh ni sejak remaja lg..bleh x puan bg sy cara dan jaedah utk sy ubati mslh pykit ini..time kasih
Quote
 
 
-1 #2 Dr Hasseenah 2013-04-17 13:32
Quoting amyra ramli:
salam dr , saya telah membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik swasta beberapa minggu yg lepas dan doktor tersebut menasihati saya supaya tidak mengambil makan berminyak , ayam , daging dan byk lagi . tapi saya sering gastrik memandangkan terlalu byk yang saya perlu pantang . apakah sajian yang paling baik boleh saya ambil ?

W'salam Amyra-If regarding jerawat, For my patients, saya cuma minta pantang - Ayam,ikan keli and carbonated drinks. Jika memang alah pada seafood, then by all means, kena pantang la.
Quote
 
 
0 #1 amyra ramli 2013-04-17 13:20
salam dr , saya telah membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik swasta beberapa minggu yg lepas dan doktor tersebut menasihati saya supaya tidak mengambil makan berminyak , ayam , daging dan byk lagi . tapi saya sering gastrik memandangkan terlalu byk yang saya perlu pantang . apakah sajian yang paling baik boleh saya ambil ?
Quote
 

Add comment

Security code
Refresh