Dasar Privasi

Kami amat menghargai kepercayaan anda terhadap kami, dan kami ingin anda tahu tentang maklumat yang kami kumpulkan daripada anda dan bagaimana kami menggunakan dan berkongsikan ia. Dengan melayari Laman, anda menerima amalan-amalan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Maklumat yang Kami Kumpul
Kami mengumpul dan menyimpan maklumat yang anda berikan kepada kami melalui Laman.

1. Maklumat Peribadi.
Maklumat yang kami kumpul mungkin termasuk, tanpa had, nama anda, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat korporat, testimonial dan tarikh lahir. Maklumat peribadi akan dikumpul pada masa yang berbeza termasuk, tanpa had, apabila anda:

Menulis e-mel atau surat kepada Dr Hasseenah
Menghantar ulasan produk, testimoni kepada Dr Hasseenah
Menyertai kaji selidik pasaran, promosi atau acara
Menghubungi perkhidmatan pelanggan atau bahagian maklumat produk kami
Mendaftar di Laman kami

Melayari Laman
2. Maklumat teknikal yang kami mengumpul dan menyimpan secara automatik. Pada bila-bila masa anda melayari Laman, kami akan mengumpul dan menyimpan maklumat berikut secara automatik: alamat Internet yang anda mengakses Laman, tarikh dan waktu anda melayari Laman, tempoh anda melayari Laman, sama ada anda seorang pelawat baru atau pelawat yang kembali semula, halaman yang anda keluar dari Laman, dari negara mana anda melayari Laman (lokasi rangkaian anda), alamat Internet bagi laman web yang menghubungkan anda dengan Laman, nama fail atau perkataan yang anda cari, item yang anda klik pada sesuatu halaman, maklumat tentang peranti mudah alih anda termasuk pengecam unik bagi peranti anda dan pelayar serta sistem pengoperasian yang digunakan. Laman tidak direka untuk bertindak balas dengan permintaan “jangan jejak” daripada pelayar.

3. Kuki.
Maklumat ini disimpan semasa menggunakan kuki-kuki ID sesi, kuki berulang dan pelbagai jenis kuki yang lain. Kuki adalah fail data kecil yang disimpan oleh pelayar web anda dalam komputer anda.

4. Maklumat pihak ketiga.
Untuk membantu kami lebih memahami dan meningkatkan interaksi dengan anda, kami akan membenarkan analitik web dan penyedia-penyedia lain untuk mengumpul dan memproses maklumat di Laman kami dengan menggunakan teknologi-teknologi yang dihuraikan di atas. Sesetengah penyedia ini mempunyai maklumat tentang anda, termasuk maklumat peribadi, maklumat demografi dan laporan kepentingan yang mereka akan berkongsi dengan kami. Dan kami mungkin kongsikan maklumat peribadi dan teknikal anda dengan mereka.

Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul
Kami mahu menyediakan pengalaman internet yang sebaik mungkin untuk anda dan memenuhi pesanan anda sama sebagaimana yang anda minta. Sebagai tambahan, kami ingin membuatkan pengalaman anda dengan Dr Hasseenah sebagai satu pengalaman yang menyenangkan dan positif. Untuk melakukan sedemikian, kami mungkin akan mengguna maklumat yang kami kumpulkan bagi mana-mana tujuan perniagaan yang sah (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemasaran). Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan maklumat seperti berikut:

1. Penggunaan Maklumat Peribadi

Memadankan anda dengan Perunding Kedai yang paling sesuai dengan anda;
Menghantar tawaran promosi kepada anda;
Mengenal pasti pilihan produk dan perkhidmatan yang disukai oleh anda;
Menyesuaikan komunikasi kami dengan anda;
Menambahbaikan perkhidmatan pelanggan kami;
Berkongsi testimonial positif anda tentang produk dengan orang lain;
Termasuk nama anda, cerita, testimonial, ulasan produk dan gambar di bahan penerbitan Dr Hasseenah dan pihak ketiga, risalah dan/atau media lain.

3. Penggunaan Kuki.

Kuki membolehkan kami mempertingkatkan, menyesuaikan dan mengesan pengalaman dalam talian anda, agar maklumat yang anda terima lebih relevan kepada anda. Teknologi ini akan membolehkan anda bergerak dengan lebih pantas di laman web kami selepas maklumat tersebut tersimpan di dalam pangkalan data kami memandangkan anda tidak perlu memasukkan semula maklumat yang sama atau mendaftar masuk setiap kali anda memasuki laman tersebut.

4. Maklumat pihak ketiga.

Maklumat Pihak Ketiga membantu kami mempertingkatkan dan memperibadikan interaksi kami dengan anda supaya maklumat yang anda terima lebih relevan kepada anda. Kami menggunakan maklumat pihak ketiga untuk pengiklanan kelakuan, yang membenarkan kami meramal pilihan anda agar dapat memaparkan iklan kepada anda dan menghantar e-mel kepada anda yang lebih berkemungkinan menarik minat anda.

Cara Kami Menggunakan E-mel
Apabila anda memberikan alamat e-mel anda kepada kami, anda mungkin akan menerima e-mel daripada kami. E-mel akan dihantar bagi membantu kami untuk memproses pesanan anda, menjawab permintaan anda, menyediakan perkhidmatan pelanggan atau memaklumkan tentang produk, perkhidmatan atau bahan promosi kepada anda. Adalah menjadi hasrat kami untuk menghantar e-mel promosi hanya kepada individu yang mahu menerimanya. Kami memberi arahan tentang cara untuk berhenti melanggan dalam e-mel kami.

Mengemas Kini atau Menyemak Maklumat Anda
Anda boleh menyemak atau mengemas kini maklumat pelanggan atau Pelanggan Keutamaan anda (nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, nombor kad kredit dan lain-lain) di bawah Akaun Anda.

Keselamatan
Dr Hasseenah komited dalam melindungi privasi maklumat peribadi anda. Adalah menjadi hasrat kami untuk melindungi maklumat anda yang telah kami kumpulkan daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan pemprosesan terkini untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan, dan kami mengehadkan maklumat yang kami berikan kepada pihak ketiga.

Apabila anda membuat pembelian atau menghantar dokumen di Laman ini, maklumat transaksi anda dihantar dalam format yang selamat dan disulitkan.

Persetujuan Anda
Dengan mengguna dan terus menggunakan Laman, anda memberi persetujuan kepada pengumpulan dan pengunaan maklumat peribadi anda sebagaimana yang diperincikan dalam dasar privasi ini.

Hubungi Kami
Kami sentiasa mengalu-alukan soalan dan maklum balas anda. Bagi isu berkaitan dengan privasi, sila hubungi kami di info@drhasseenah.com.